Baru-baru ini, pelakon Shakilla Khoriri ada berkongsikan video celoteh anaknya, Ameena Sofia yang bertanya bila ibunya akan berkahwin dan mempunyai anak baru. Menerusi video itu, kedengaran Ameena petah bercakap mengatakan semua orang sudah berkahwin tahun ini namun ibunya sahaja belum lagi. “Semua orang dah kahwin tahun ni, semua dah dapat baby.. Umi je belum. Nak dapat baby twins..,” kata Ameena. Turut menjadi perhatian apabila Ameena mengusik ibu untuk mencari bakal suami mat saleh. Mendengar jawapan anaknya itu, Shakilla meminta anaknya itu untuk berdoa kepada Allah. Klik sini untuk lihat video.
“Ameena sabar ok. Ameena doa ok untuk Umi,” jawab Shakilla. Dah doa haritu, kat sekolah. Hari-hari doa,” jawab Ameena. Diruangan komen, rata-rata warganet sebak mendengar perbualan Shakilla dan anaknya itu yang seolah memahami ibunya perlukan peneman hidup. Terdahulu, Shakilla dituduh menjalin hubungan skandal bersama suami orang dan menjadi perosak rumah tangga orang lain.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.