SELEPAS dua kali mengalami keggran, pelakon Uqasha Senrose dipercayai sedang berbadan dua. Ia susulan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni Judi berkongsi kehadiran Uqasha dan suaminya, Kamal Adli ke hospital berkenaan yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya. Menerusi video tersebut, dapat dilihat pasangan itu sedang berbincang dengan Saroni di pejabatnya selain bergambar bersama.
Lebih menarik perhatian ramai apabila Saroni yang mengalu-alukan kehadiran mereka turut memberi bayangan pasangan itu bakal bergelar ibu bapa menerusi kapsyen video tersebut. “Selamat datang Kamal dan Uqasha, selamat menjadi ibu bapa,” tulisnya. Menjengah ke ruang komen, warganet tertanya-tanya sekiranya aktres berkenaan sedang hamil dan tidak kurang ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Sementara itu, meninjau ke akaun Instagram milik Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, memperlihatkan dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama Jangan Lupa Janji.
Usaha kami bagi mendapat penjelasan lanjut mengenai perkara itu tidak berjaya apabila panggilan dan WhatsApp tidak dijawab. Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.