PERKONGSIAN foto memperlihatkan balu kepada Abam Bocey iaitu Nor Hidayah bergambar bersama seorang lelaki di atas pelamin mengundang pelbagai reaksi pengikut. Dalam foto berkenaan, Hidayah yang dilihat memegang sejambak bunga nampak anggun mengenakan baju sedondon berona biru bersama lelaki itu. Bagaimanapun, identiti lelaki berkenaan tidak dapat dipastikan kerana dia bergambar membelakangkan kamera. Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Hidayah hanya tinggalkan emoji bentuk hati berwarna biru.
Perkongsian tersebut seakan-akan memberi bayangan Hidayah kini berstatus tunangan orang namun tiada butiran lanjut mengenai perkara itu. Dalam pada itu, rata-rata peminat tinggalkan ucapan tahniah jika benar Hidayah kini sudah menjadi tunangan orang. Mereka juga turut menitipkan doa agar urusan Hidayah dipermudahkan selain turut bergembira dengan perkongsiannya itu. “Alhamdulillah, awak berhak. Semoga dipermudahkan urusan dan bahagia hingga ke akhir hayat. “Tahniah Dayah, tumpang gembira lihat Dayah dah jumpa pengganti.
“Alhamdulillah Dayah dah bertunang,” antara komen warganet. Kami sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai foto berkenaan. Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun. Abam atau Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan pergi menghadap illahi pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.