Di TikTok, seorang remaja lelaki yang masih lagi bersekolah menengah menjadi tumpuan apabila tampil menjadi wali sewaktu majlis pernikahan kakaknya baru-baru ini. Menerusi video dimuat naik wanita dikenali sebagai @kakmas7980, dapat dilihat remaja yang dipercayai baru sahaja berusia 15 tahun itu mengenakan baju melayu berona coklat. Remaja berkenaan kemudiannya bersalaman dengan bakal abang iparnya sebelum melafazkan akad pernikahan bagi kakaknya sambil diperhatikan ahli keluarga yang hadir. Klik sini untuk lihat video.
“Selesai tugas adik usia 15 tahun nikahkan kakaknya.” Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya kagum dengan keberanian remaja berkenaan menjadi wali sewaktu pernikahan kakaknya. Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 5 juta tontonan dan lebih 300,000 tanda suka.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.