HAMPIR dua tahun mendirikan rumah tangga, pelawak Danial Zaini tidak tertekan apabila masih belum menimang cahaya mata. Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 31, sebaliknya percaya rezeki anak itu akan hadir tepat pada masanya kerana Allah sebaik-baik perancang. “Saya tak pernah terdetik untuk memaksa isteri untuk dapatkan zuriat sebab saya percaya rezeki datang dari Allah SWT. Kalau memaksa pun tak tenang, kadang-kadang orang selalu tanya isteri saya bila pula nak ada anak. Jawapan saya satu je, Allah kalau nak bagi Dia beri pada masa yang tepat,” katanya.
Pelawak itu bagaimanapun tidak menafikan pada awalnya dia dan isteri iaitu Yasmine Umaira berasa tertekan dengan soalan mengenai zuriat. Namun kini mereka sudah lali dengan pertanyaan itu. “Ada je soalan tentang zuriat bila balik kampung masa lepak dengan keluarga. Tapi saya percaya pada rezeki Allah walaupun dah kahwin hampir dua tahun. Saya juga selalu cakap dekat isteri bila ada soalan seperti itu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kami tak tertekan, awal-awal dulu ya tapi sekarang tidak sebab dah lali, lagipun kami baru kahwin dua tahun bukan 20 tahun,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Danial menduduki tempat ketiga sebagai kostum Sang Kancil di program The Masked Singer Malaysia musim keempat yang berakhir pada Ahad lalu. Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2022 di Kuantan, Pahang. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.