Sebagai seorang anak, penyanyi Aishah Aziz berkata, ibunya iaitu Hafiza terlalu banyak berkorban demi keluarga. Lebih menyedihkan, tidur wanita itu sering terganggu disebabkan kritikan yang diterima sejak beberapa tahun yang lalu sehingga hari ini. “Saya tahu pengorbanan ibu. Saya ingat kesemuanya dan semoga Allah membantu saya untuk tidak melupakannya. Kegelisahan lewat malam menerusi panggilan telefon terpaksa ibu tanggung selama bertahun-tahun.”
Menurut Aisyah, dia menjadi saksi apabila ibunya terpaksa berdepan dengan pelbagai kritikan susulan kontroversi membabitkan abangnya, Aliff Aziz. Meskipun terpaksa melalui pelbagai ujian, Aisyah memberitahu ibunya masih kelihatan tenang dan sabar. Bukan itu sahaja, wanita itu seakan berlapang dada menerima apa yang berlaku walaupun pada awalnya dia seolah tidak dapat menerima. “Ibu juga membuktikan kepada saya berkali-kali bahawa perubahan bermula daripada kesanggupan dan kesedihan untuk berada dalam ruang yang tidak selesa luar dan dalam kerana Allah dan cinta.”
Terdahulu, Hafiza mendedahkan mereka sekeluarga menerima pelbagai kata-kata kesat dan hinaan daripada warganet menerusi mesej langsung (DM) yang dihantar ke akaunnya. Hafiza akui dia dan suami menerima perkara itu dengan hati terbuka namun meminta agar warganet berhenti menghina ibu bapa serta mentuannya yang sudah pergi menghadap illahi.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.