ISTERI pertama Datuk Seri Adnan Abu tidak akan sesekali tinggalkan suaminya hanya kerana usahawan berkenaan sudah tidak mempunyai harta dan jatuh bankrap. Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim atau Datin Red sebaliknya berkata, dia adalah individu yang sentiasa bersama suami sejak mereka berkahwin 18 tahun lalu mengharungi pelbagai rintangan dan kepayahan. “Mana mungkin saya nak tinggalkan dia sebab dia sudah muflis. Nak cakap hidup susah, saya sudah hidup dengan Adnan selama 18 tahun!
Datin Red tetap pendirikan mengenai perpisahan. “Macam-macam dugaan jatuh bangun bersama-sama. Saya pernah kena gigit pacat sebab ikut dia berniaga sayur ketika sedang hamil anak pertama,” katanya. Dalam pada itu, Sharifah menjelaskan dia mempunyai sebab memfailkan pisah terhadap Adnan pada Januari lalu namun enggan mendedahkan puncanya. Bagaimanapun secara ringkas Sharifah memberitahu perpisahan itu bukan kehendaknya. “Saya fail untuk berpisah ada sebab dan bukan kehendak saya,” jelasnya.
Mengulas mengenai usaha Adnan memujuknya di media sosial, Sharifah berkata tiada apa dapat mengubah pendiriannya ketika ini. Sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT. “Saya serahkan hidup saya bulat-bulat pada Allah. Pujuk untuk apa? Apa boleh saya katakan, terlajak perahu boleh patah balik, terlajak kata buruk padahnya,” katanya. Menurut Sharifah, sejak Adnan tidak mempunyai pendapatan tetap lima tahun lalu dia juga melakukan pelbagai kerja bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Sepanjang lima tahun ini, macam-macam saya buat. Tapi saya tak mahu cakap lebih sebab mahu jaga hati banyak pihak,” ujarnya. Berkongsi lebih lanjut, Sharifah memberitahu anak-anaknya tidak mengetahui mengenai masalah menimpa mereka selama ini. Sebaliknya lima orang anaknya itu kerap bertanya keberadaan bapanya sekiranya sudah lama tidak pulang ke rumah. “Anak-anak pula mereka tidak tahu tapi mungkin yang sulung sudah tahu sejak benda ini tular.
Setiap hari mereka tanya bapa mereka balik atau tidak. Ini pun sudah dua hari tak pulang ke rumah. Sebelum ini balik macam biasa,” kongsinya. Selasa lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu. Sejak itu, Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan perpisahan terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.
Manakala Sharifah memfailkan perpisahan pada penghujung Januari lalu. Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Adnan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.