Seperti yang diketahui ramai, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil didapati telah pun ‘unfollow’ menantunya, Bella Astillah susulan dakwaan penangkapan khlwt anak lelakinya bersama pelakon jelita, Ruhainies. Tindakan yang dilakukan Hafiza itu ternyata mengejutkan ramai pihak sehinggakan menjadi antara isu besar dalam kalangan media di Malaysia. Tidak hanya itu, adik kepada pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari dilihat turut memberikan responnya menerusi ruangan komen di laman Facebook rasmi Berita Harian terhadap tindakan yang dilakukan Hafiza itu.
Menerusi komen tersebut, Fadzil meminta Hafiza untuk lebih tenang dan seakan kesal dengan keputusan yang dilakukan Hafiza. Menurut suami kepada Norliana Samsudin itu, tindakan Hafiza itu seolah-olah Bella merupakan individu yang ditangkap khalwat bersama lelaki lain. “Tenang lah mak cik, dah macam Bella pula yang kena tangkap basah. Wallahualam.” Terdahulu, Hafiza telah memuat naik video Aliff yang sedang memimpinkan bacaan doa selepas selesai menunaikan solat jemaah bersama. Difahamkan, Aliff telah pulang ke Singapura susulan kontroversinya yang disyaki ditangkap khlwt dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota.
Lebih mengejutkan, Hafiza juga didakwa sudah menyahikut menantunya, Bella Astillah di Instagram (IG). Bella walau bagaimanapun dilihat masih mengikuti akaun ibu mentuanya iaitu @fizaaziz di IG. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.