Impian pelawak terkenal Shuib untuk bemimpi dan bertemu dengan arwah isteri, Siti Sarah Raissudin akhirnya menjadi kenyataan. Perkara itu dikongsikan oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di Instagram Stories miliknya, hari ini. Dalam mimpi tersebut, pelawak berusia 40 tahun itu berkata pada ketika itu dia berada di sebuah pulau dan berhasrat ingin menghubungi arwah isterinya. Bagaimanapun, panggilan tersebut tidak dijawab. Klik sini untuk lihat video.
“Saya buka beg dan cari telefon sebab macam kebiasaan sebelum ini kalau saya pergi ke mana-mana, lepas habis kerja saya akan hubungi Sarah. Masa saya buka beg dan cari telefon, dalam hati kata hubungi Sarah. Saya cari telefon dan ada tiga, jadi saya terfikir mana satu telefon yang ada nombor Sarah. Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama ‘ibu sayang’. Saya cari dan jumpa nombor itu tapi bila hubungi tak berangkat,” ceritanya.
Dia bagaimanapun terjaga daripada tidur sebelum berkongsi mimpi tersebut dengan isteri, Watie Hanifiah. Kongsi pelawak tersebut, dia tidak menyangka mimpi itu bersambung semula selepas dia melelapkan mata sebentar pada waktu pagi. Ujar bapa kepada empat cahaya mata, arwah Siti Sarah hadir dengan senyuman dan mengenakan penampilan putih seperti telekung yang dipakai dalam rakaman lagu Tanpa Kekasihku di platform YouTube. “Sahur pagi tadi agak sedih bagi saya. Memang saya selalu nak mimpi Sarah. Saya dah banyak kali dalam mimpi nak hubungi dia tak dapat-dapat. Selepas anak-anak sudah ke sekolah, saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya. Dalam mimpi itu saya pegang iPad kerana itu memang milik Sarah.
Tiba-tiba iPad itu keluar nama dia (ibu sayang). Dalam masa yang sama ada keluar satu gambaran yang dia sedang senyum pada saya,” ceritanya. Untuk rekod, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah sah menjadi isteri kepada Shuib dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada 23 Jun lalu. Allahyarham Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 dan meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.