Takut jadi pada Bilal tengah makan akan facetime, Neelofa kongsi cerita pernah tercekik ais batu masa umur 5 tahun

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi pengalaman trauma waktu kecil yang tinggalkan kesan sehingga hari ini. Menerusi perkongsian di TikTok Era, pada usia Neelofa lebih kurang lima tahun, dia pernah tercekik air batu sehingga sukar untuk bernafas. “Tak pasti umur saya waktu itu empat atau lima tahun, saya tercekik ketulan ais sampai tak boleh bernafas. Masa tu memang muka dah biru, tercungap-cungap dan nasib baik ada mak dan ayah saya di rumah nampak.

Saya tepuk-tepuk pembantu rumah daripada belakang nak suruh tengok kita tengah tercekik, tapi dia basuh pinggan buat tak tahu je sebab dia ingat kita nak main. Mak saya nampak saya pelik daripada bilik, jadi dia jerit lepas tu ayah saya datang, semua datang dan terus ambil air suam masukkan (dalam mulut) untuk cairkan ais tu.” Menurut isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail ini dia akui trauma dan panik jika anaknya tercekik sewaktu sedang makan.

“Benda tu sampai hari ni masih lagi jelas dalam memori saya. Bila dah ada anak kecil, Bilal, bila bab makan memang saya trauma. Kalau dia tercekik sikit saya macam dah panik. Jadi kalau saya dekat luar, orang gaji saya tengah kasi makan (Bilal), saya akan Facetime sambil tengok apa dia makan.” Selain itu, Neelofa turut menyediakan beberapa alat peranti tercekik buat pembantu rumah bagi mengawasi anak-anaknya sekiranya berlaku insiden tercekik.

“Dekat rumah saya ada lebih daripada satu ‘chocking device’. Walaupun dia nak pergi bawah main dekat playground pun, saya suruh bawak ‘chocking device’ tu. Ke mana saya pergi, saya akan bawa dalam beg saya.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version