Penyanyi Adira Suhaimi kini dilihat sekali sekala muncul dalam live TikTok suaminya, Datuk Red berniaga di TikTok selepas seminggu usahawan tersebut tular di media sosial. Menerusi live TikTok baru-baru ini, Adira sempat mengatakan kepada netizen bahawa dia dan Datuk Red tetap akan berkawan sekiranya tiada jodoh antara mereka. Dalam video yang dikongsikan itu, dilihat Adira dan Datuk Red sedang menjual biskut raya dan sambal bilis pedas. Klik sini untuk lihat video.
“Kalau takde jodoh pun kitorang masih akan jadi macam ni. Kawan okay. Kitorang tak nak gdh-gdh. Kesian lah anak besar panjang, dah faham dah,” katanya. Dalam pada itu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu juga menyatakan perkara sama kepada penonton mereka tentang hubungannya dengan Adira. “Dah berbaik, macam mana pun kami berbaik tuan-tuan. Tengok kadang-kadang kami macam itu ini (perselisihan faham) kami okay,” jelasnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet yang melihat video tersebut meminta supaya pasangan ini tidak berpisah dan terus bertahan. Warganet juga menyatakan rasa senang dengan kemesraan yang ditunjukkan pasangan ini dan berharap pengakhiran yang baik buat mereka. Terdahulu, Adira telah menfailkan perpisahan terhadap Datuk Red sekitar Oktober tahun lalu. Walaupun usahawan itu ingin mempertahankan rumah tangganya, namun Adira nekad untuk berpisah tanpa memaklumkan sebab sebenar.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.