Di Instagram, pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa teruja apabila pembedahan bariatrik yang dilakukan olehnya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Februari lalu menunjukkan hasil yang positif dan memuaskan hati. “Alhamdulillah saya sudah semakin runcing. Tak sampai dua bulan saya sudah turun ke 9.85 kg. Dulu diet macam nak mti pun cuma sekilo dua saja yang kurang. Saya akan berusaha lagi untuk dapatkan target saya nak dan bersesuaian dengan ketinggian saya. Saya juga akan ikut nasihat doktor,” katanya.
Tambah Jasmin, doktor juga turut gembira melihat perubahan yang berlaku itu. Malah dia juga disarankan untuk menjaga pemakanan dan melakukan senaman agar tiada kesan berikutan penurunan berat badan. “Doktor agak gembira dengan progres saya sebab nampak saya sudah bertambah sihat. Doktor sarankan saya untuk bersenam untuk saya keep fit supaya tiada ropol-ropol dari kesan gemuk kepada kurus.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.