Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf dan bertindak memadam muzik video (MV) ‘Love Raya’ yang didakwa keterlaluan dan tidak mencerminkan akhlak umat Islam. Menurut Aliff Syukri, dia mengakui berasa kecil hati apabila ramai yang memberi respon negatif mengenai lagu rayanya pada tahun ini. Ujar Aliff lagi, dia berasa sangat ‘down’ apabila menerima kritikan yang hebat daripada warganet. Klik sini untuk lihat video.
“Memang saya kecil hati. Saya dah buat susah-susah, saya dah puluhan ribu ribu untuk penari, videographer semua. Kepada mak saya dan semua warganet yang melihat video itu, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Memang kecil hati, saya dah buat susah-susah dah bayar puluhan ribu tapi you all yang tak tengok video klip tu dah kritik melampau-lampau. Tak nak bersedih, saya salahkan diri saya. Saya dah delete video tu. Padahal ramai yang buat video pelik-pelik di luar sana tapi tak jadi isu.”
Di akhir video, Aliff memberitahu dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, bahkan mengambil seluruh kesalahan tersebut di atas bahunya sendiri. Terdahulu, ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan tindakan anaknya yang memuat naik beberapa video promosi lagu raya baharu miliknya itu. Ujar Rozita, anaknya sepatutnya berasa malu kerana memuat naik konten kurang sopan di media sosial.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.