Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai sudah menjadi tunangan orang. Menerusi video tular itu memaparkan kanak-kanak itu yang memakai persalinan berwarna hijau hanya mendiamkan diri dan bersalaman dengan para tetamu ketika majlis pertunangan berlangsung di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur. Klik sini untuk lihat video.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu bukanlah berusia 4 tahun seperti yang didakwa sebaliknya berusia 7 tahun dan pertunangan itu berlangsung selepas kedua-dua keluarga bernazar ketika berada di Tanah Suci, Makkah. Majlis pertunangan itu pada awalnya hanya dilangsungkan antara keluarga sahaja namun nenek kepada kanak-kanak lelaki itu meminta agar majlis tersebut dilakukan secara besar-besaran selain menjemput ramai tetamu.
“Kerana sudah menjadi nazar yang harus ditunaikan, keluarga sepakat untuk mengadakan pertunangan, untuk mengikat tali keluarga agar tidak hilang.” Sementara, ibu kanak-kanak perempuan, Haja Zainab, menegaskan bahawa majlis tunangan itu bukanlah bertujuan untuk mempercepatkan pernikahan anaknya sebaliknya kedua keluarga sudah bersepakat menikahkan keduanya setelah mereka bersedia kelak.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.