Pasangan tular, Mohd Azlan Ishak berkata dia masih tahu tentang dosa bersekedudukan namun disebabkan keadaan hidupnya, dia terpaksa tinggal bersama seorang wanita tanpa hubungan yang sah. Memetik laporan, Mohd Azlan lebih mementingkan anaknya, Aariz Zafran yang mengalami paru-paru kronik serta bergantung dengan alat bantuan pernafasan. “Dalam apa-apa hal pun, saya cuma fikirkan tentang anak,” katanya.
Mohd Azlan menjelaskan dia masih tahu tentang dosa serta pahala namun disebabkan dirinya merupakan individu miskin tegar, dia terpaksa hidup dalam situasi tersebut. “Saya bekerja sebagai pembantu pelantar ikan, sehari biasa dapat RM50 untuk sara keluarga. Sya juga mempunyai anak sakit, memerlukan penjagaan yang kosnya sangat besar.
Selain itu saya anak tunggal, mempunyai seorang mak yang terlantar akibat bp tinggi dan kencing manis. Jadi cuba fikirkan, cukup ke RM50 untuk tampung semua ni termasuk makan minum sekeluarga? Tidak, tapi kami sedaya upaya hidup ala kadar. Ramai yang cakap dekat saya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Percayalah, saya dah cuba bermacam ikhtiar tapi belum ada hasilnya. Buat dua kerja dalam sehari pun saya dah usahakan, tetapi belum cukup rezeki,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd Azlan turut berkata dia sudah meminta bantuan daripada agensi namun terlalu banyak proses yang perlu dilaluinya. “Saya mohon bantuan daripada agensi berkaitan tapi banyak birokrasinya. Saya yakin kalau kita letakkan sesiapa pun pada tempat saya, mereka akan pilih jalan sama yang saya ambil,” katanya. Lelaki berusia 36 tahun itu juga meluahkan rasa kecewa selepas menerima kritikan dan tohmahan bertalu-talu daripada orang ramai tanpa mereka mengetahui keadaan hidupnya.
Sementara itu, Mohd Azlan menyatakan dia tersepit antara hendak menghalalkan pasangan atau memenuhi segala keperluan anaknya itu. “Pastinya pernah terlintas di fikiran saya untuk bernikah segera, saya tahu ia satu dosa besar tinggal serumah dengan wanita yang belum dikahwini, apatah lagi berhubungan intim dengannya. Saya akui salah daripada pihak saya dan saya menyesal.
Tapi dalam keadaan saya dihimpit kesusahan, berkahwin bukan menjadi satu keutamaa. Tumpuan saya adalah pada anak saya, Aariz Zafran, saya mahu cukupkan semua untuk dia baru fikir yang lain. Itu sebab perkahwinan kami sering tertangguh, hendak selesaikan urusan perpisahan pasangan dengan bekas suami pun memerlukan duit. Mungkin ada yang kata RM60 je, tapi jumlah itu sangat besar untuk kami.
Alhamdulillah, mungkin satu rahmat dari tuhan apabila hari tu kami viral, ramai yang menghulurkan bantuan. Dengan itu, beban kami sedikit terangkat dan kini mampu untuk meneruskan perkahwinan,” luahnya. Mohd Azlan memaklumkan dia telah ke Masjid Al-Makrufi di Alor Setar, Kedah pada Ahad untuk mendapatkan borang nikah dan merancang untuk berkahwin pada Selasa setelah selesai menjalani ujian HIV dan ujian drh.
Pada masa yang sama, Azlan berkata selepas berkahwin, dia mahu memberikan sepenuh kasih sayang kepada anaknya dan akan berusaha keras untuk menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Selain itu, Mohd Azlan juga akui pernah terjebak dengan bahan terlarang pada masa lalunya namun dia tinggalkan dunia itu selepas mendapat Aariz Zafran.
“Betul, saya pernah terjebak dengan bahan terlarang. Tapi itu sebelum kehadiran Aariz Zafran dalam hidup saya. Selepas saya ada anak, ditambah pula dengan ujian dia sakit, saya terus ‘cuci tangan’. Saya sangat menyesali zaman gelap saya dan cuba menebus semula kesilapan, harapnya masyarakat tidak terus menyisihkan saya sebab satu bahagian dalam hidup saya,” katanya.
Terdahulu, Mohd Azlan serta keluarga kecilnya mendapat perhatian ramai selepas mereka tular kerana hanya menaiki motosikal ke hospital. Malah, kisah ‘keluarga’ kecil ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun persepsi orang ramai berubah selepas ada individu yang mendedahkan Mohd Azlan tiada hubungan sah dengan pasangannya.
Sekadar info, pasangan kepada Mohd Azlan pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan empat orang cahaya mata namun bekas suaminya kini sedang menjalani hkman pnjra. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.