“Jika diikutkan Syasya masih belum sedia, tapi suaminya kata kalau tidak (mahu berkahwin) nak cari orang lain. Itu jawapan daripada nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon, Rozie Othman apabila mengatakan yang penyanyi berkenaan sebenarnya belum bersedia untuk berumah tangga. Memetik laporan, Rozie memberitahu bahawa suami kepada penyanyi tersebut belum bekerja, namun mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Susulan daripada itu, dia mahu menghalalkan hubungan mereka sebelum fokus kepada pembelajarannya disana. “Suami Syasya nak sambung belajar dan mahu ikatan mereka sah sebagai suami isteri. Jika diikutkan Syasya masih belum bersedia tapi suaminya kata kalau tidak (mahu berkahwin) nak cari orang lain” Walaupun akui kecewa kerana mengetahui bahawa cucunya bakal bernikah sewaktu pulang dari Mekah tempoh hari, dia akur dengan keputusan tersebut memandangkan suami cucunya memberi pilihan untuk berkahwin dan mengikutnya ke luar negara, ataupun melupakan sahaja hubungan mereka.
“Saya kecewa juga apabila pulang dari Makkah dapat tahu Syasya nak bernikah. Saya ada tanya kenapa tergesa-gesa? Tapi mereka sudah rancang sejak awal” Walau bagaimanapun, pelakon berusia 62 tahun itu mengatakan yang semua yang berlaku adalah takdir dan menerimanya dengan terbuka. “Tapi itu semua ketentuan dan kuasa Allah,” kata Rozie.
Dalam pada itu, dia memberitahu turut menasihati Syasya supaya bijak menjaga diri dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sebaiknya. “Buat masa sekarang suami Syasya tak bekerja sebab akan sambung belajar tak lama lagi. Saya ada pesan pada Syasya agar dia jadi isteri yang baik dan solehah kepada suaminya dan sentiasa jaga diri apabila berada di tempat orang nanti. Kalau suatu hari nanti nak buat kemunculan semula, kena pandai bawa diri dan jaga nama baik suami,” ujarnya.
Difahamkan, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23 dan suami akan diraikan dalam satu majlis persandingan pada Jun nanti di sebuah dewan sekitar Kuala Lumpur. Terdahulu, berita Syasya Rizal menarik diri dari kumpulan Dolla benar-benar mengejutkan ramai lebih-lebih lagi alasannya yang bersifat peribadi. Namun begitu, pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan bahawa penyanyi berkenaan telah selamat bergelar seorang isteri.
Dia juga telah berkongsi beberapa gambar sewaktu majlis pernikahannya di media sosial dan memberi penjelasan berhubung keputusan yang dibuat berkaitan kerjaya seninya bersama Dolla. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.