HASRAT penyanyi Shila Amzah untuk menyambut kelahiran anak kedua secara normal tidak kesampaian apabila sekali lagi terpaksa bersalin kaedah operasi. Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, memberitahu prosedur berkenaan perlu dilakukan susulan tali pusat bayi dalam kandungan terbelit di bahagian muka. Dia juga memberitahu masalah tersebut tidak dapat dikesan awal ketika melakukan imbasan.
“Dalam tempoh hamil 36 minggu dah rasa bayi kurang bergerak seperti kebiasaan. Selalu pergi pemeriksaan doktor pagi, rasanya dia (bayi) baik ketika itu dan tak dapat nampak tali pusat dekat leher. Rhea (anak) dah terbelit tali pusat, jadi terpaksa juga operasi,” ujarnya. Shila berkongsi perkara tersebut dalam sesi soal jawab di Instastory miliknya pada Jumaat. Penyanyi ini selamat melahirkan cahaya mata perempian seberat 2.84 kilogram di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Khamis.
Dalam satu hantaran berbeza Shila turut memuat naik video perjalanan sebelum bersalin di mana Shila masih sempat melakukan senaman ringan ketika di hospital. “Saya baru lepas operasi. Perancangan untuk bersalin secara normal tidak berjaya. Tetapi saya rasa sangat hebat kerana melahirkan anak perempuan yang comel. “Dua kali melalui proses bedah bukan mudah. Tetapi saya rasa lebih baik sebab suami, dia sentiasa ada di sisi,” jelasnya.
Shila bersama suami iaitu Ubai juga berkongsi bayi tersebut diberi nama Rhea Akira yang membawa maksud kemenangan dan terang. Shila sebelum ini juga melalui proses operasi ketika melahirkan anak sulungnya Seth Uwais yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan bersama bekas suami pertama. Untuk rekod, Shila dan Ubai mendirian rumah tangga pada 5 Ogos tahun lalu.
Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.