Menantu kepada pelakon Abby Abadi iaitu Aslam sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas terbuka berkongsi momen romantis bersama isteri pertamanya, Umisya Mazlan. Menerusi video pendek yang dikongsikan di akaun TikTok Abang Tesla, memaparkan Aslam membuat kejutan dengan memberikan sekuntum bunga mawar merah kepada Umisya. Turut kelihatan kedua-dua pasangan muda itu tersenyum malu saat momen itu dirakam Abang Tesla. Klik sini untuk lihat video.
Difahamkan, Umisya bersama beberapa individu lain termasuk isteri Abang Tesla iaitu Nurmajdina bersama pempengaruh media sosial, Farah Fakhira sedang melakukan photoshoot mempromosikan tudung keluaran mereka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya akui suka melihat hubungan mesra yang terjalin antara Aslam dan Umisya meskipun hidup berpoligami. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan bagaimana perasaan isteri kedua Aslam iaitu Marissa Dania saat melihat momen romantis tersebut.
“Kadang-kadang aku rasa diorang ni kena jaga lah juga hati Marissa tu, dia pun ada perasaan. Berlaku adil lah juga pada isteri kedua. Kedua tetap akan jadi nombor dua, tak akan sama dengan yang pertama. Sakit ye jadi madu kan, lagi nampak sweet macam ni. Ada yang koyak tapi bukan kertas.” Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.