Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang dilihat makin cantik berhijab selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangan hidupnya telah berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi sebuah video tular di laman sosial, kelihatan penyanyi yang berusia 23 tahun itu berada di salah sebuah cawangan syarikat tekstil terkemuka bersama suami untuk menempah fabrik gaun hari bahagianya kelak.
Dalam perkongsian tersebut, syarikat tekstil popular itu memberitahu akan bekerjasama dengan pereka tempatan bagi menghasilkan gaun yang diidamkan Syasya. “Hydee Design bekerjasama dengan kami untuk menghasilkan gaun idaman Syasya. Terkenal dengan personalitinya yang ceria, kami memilih fabrik dan rekaan yang mencerminkan diri Syasya, Kami akan memastikan dia kelihatan berseri-seri seperti yang diinginkan pada hari bahagianya. Berikut adalah gambaran ringkas berkaitan proses kami dalam membuat keputusan,” ujarnya di ruangan kapsyen. Klik sini untuk lihat video.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum apabila melihat usaha Syasya untuk terus istiqamah dalam memakai hijab selepas tinggalkan dunia hiburan. Dalam pada itu, peminat berharap suami Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal dapat menjaga isterinya dengan baik dan mendoakan agar urusan pasangan tersebut sentiasa dipermudahkan. Pada 8 April lalu, kecoh di media sosial apabila Syasya umum pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla atas sebab peribadi yang tak dapat didedahkan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.