Bekas suami kepada penyanyi popular, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red meluahkan rasa kesal apabila dia tidak dapat menghadiri majlis pertunangan anak saudaranya baru- baru ini. Menerusi perkongsian di TikTok, Datuk Red memaklumkan, anak saudaranya itu merupakan anak kepada arwah kakak dan abang iparnya yang dijaga sejak berumur 9 tahun. Klik sini untuk lihat video.
“Majlis pertunangan anak arwah kakak dan arwah abang ipar saya. Saya jaga dari umur 9 tahun. Maaf papa tak dpt hadir. Terima kasih semua dan semestinya merindui #abangred,” tulisnya pada kapsyen berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tinggalkan pelbagai respons termasuklah memuji tindakan Adira dan Datin Red yang hadir pada majlis pertunangan tersebut.
“Adira dan Datin Red terbaik. “Suka tengok Adira dan Datin Red. “Respect Adira, Datin Red dan Datuk Red. Semua matang. “Bagus Datuk Red ni amanah dan bertanggungjawab. Susah nak cari bapa saudara yang bolej jaga anak yatim.. selalu orang tak nak ambil tanggungjawab tu. Saya puji sangat,” komen warganet. Terdahulu, Datuk Red dan Adira sah berpisah dengan talak satu pada 24 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor.
Dan selepas 21 hari perpisahan dengan Adira, Datuk Red kemudian sah berpisah dengan isteri pertamanya Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Hasil perkahwinan bersama Adira, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Manakala, hasil perkahwinan bersama Datin Red, pasangan itu dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata lelaki.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.