Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa bangga terhadap anak lelakinya, Jebat Jayden yang menyertai konsert di sekolahnya. Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz berkata, dia menyokong apa sahaja yang mahu dilakukan oleh Jebat apabila dia sudah dewasa kelak. “Momen membanggakan buat juara kecil kami. Baba sayang cek (Jebat) tau. Besar nanti jadi lah apa pun janji cek tau mana baik mana buruk. Apa pun baba and mummy tetap penyokong nombor satu Jebat Jayden Ahmad.”
Turut dilihat hadir ke konsert Jebat memberi sokongan ialah Noor Nabila, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan Datuk Abdul Halim Khan. Semasa konsert tersebut, Jebat membuat persembahan menari dan bermain alat muzik bersama rakan-rakannya yang lain. Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017 namun berpisah pada Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.