Usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe kesal dituduh suka menunjuk punca rumahnya dipecah masuk sehingga mengakibatkan kerugian mencecah hampir RM1 juta. Menurut Kieda atau nama sebenarnya, Siti Nur Khalieda Yusra binti Mohd Jais, 27 dia masih lagi mempunyai iman dan enggan bersangka buruk kepada beberapa pihak yang menuduhnya suka menunjuk. Jelasnya, dia berkongsi kejadian tersebut di media sosial kerana berharap orang ramai dapat mendoakan agar perompak yang memecah masuk ke rumahnya segera ditangkap. Klik sini untuk lihat video.
“Saya masih ada iman, saya tak suka berburuk sangka dengan orang lain dan saya cuma mengharapkan doa kalian supaya perompak ni cepat ditangkap,” tulisnya. Setakat ini, usahawan terbabit masih lagi menunggu perkembangan semasa daripada pihak Polis Diraja Malaysia berhubung kes pecah rumah melibatkan barang kemas di dalam peti besi seberat 200 kilogram di rumahnya. Susulan daripada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Kieda serta suami diatas ujian yang sedang mereka hadapi.
Warganet juga menyatakan mungkin kejadian tersebut menjadi titik permulaan untuk mereka mendapat rezeki yang berlipat kali ganda berbanding apa yang telah dirompak.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.