Bapa kepada Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros mendedahkan ibu bapa atau keluarga pesalah tidak pernah berjumpa dengannya untuk memohon maaf berhubung kejadian yang menimpa arwah anaknya, tujuh tahun lalu. Menerusi temu bual bersama radio era.je, Zulkarnian berkata hanya seorang Orang Kena Tuduh (OKT) yang terlepas daripada kes tersebut datang memohon maaf terhadap apa yang terjadi.
Apa yang lebih menyedihkan, tiada sebarang kata maaf yang diterima daripada keluarga pesalah sama ada secara bersemuka atau panggilan telefon dan mesej. “Sebenarnya tiada seorang pun, seramai 19 orang pelaku tu tiada kecuali OKT yang bebas ketika keputusan di Mahkamah Tinggi yang mana tidak perlu bela diri ada minta maaf. Mak ayah pesalah memang tak ada datang minta maaf. Selama tujuh tahun di Mahkamah Tinggi sampailah Mahkamah Rayuan ni, bertembung. Kadang-kadang sampai berlaga bahu sebab ruang mahkamah kan kecil,” ujarnya kecewa.
Sebelum ini, Zulkarnian berlapang dada untuk memaafkan kesemua tertuduh yang sudah membuli serta mendera anaknya sehingga menyebabkan pemergian tragis. Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mti terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana didapati membnh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Mereka yang berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.