Ada yang cakap dia hamil ank luar nikah, keluarga Nur Farah Kartini minta individu ni buat permohonan maaf

Kecewa dengan komen seorang wanita, keluarga minta individu fitnah Nur Farah Kartini hamil anak luar nikah tampil membuat permohonan maaf. Individu terbabit didakwa telah membuat andaian melulu dan memfitnah arwah Nur Farah Kartini yang mti dibnh sebenarnya hamil anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan suspek. “Teman lelaki dia (Nur Farah Kartini) tu polis dan suami orang. Lelaki itu tak nak bertanggungjawab ke atas Farah sebab mengandung,” dakwa individu itu.

Susulan itu, salah seorang ahli keluarga mangsa tampil bersuara dan meminta individu terbabit untuk membuat permohonan maaf. Katanya, kenyataan tidak berasas itu telah mengguris hati ahli keluarga mangsa. “Saya adik ipar kepada abang mangsa. Mohon pertolongan untuk sampaikan kepada Nor Fatihah Idris untuk buat permohonan maaf secara peribadi dan terus kepada abang serta keluarga mangsa. Kami sekeluarga amat terkesan dengan kenyataan tersebut. Minta dia hubungi saya secara peribadi. Terima kasih,” katanya.

Terbaharu, seorang individu mengaku dirinya adik kepada wanita terbabit tampil membuat permohonan maaf mewakili kakaknya. Menurut individu terbabit, kakaknya akui silap atas komen yang ditinggalkan. Oleh itu, dia memohon maaf kepada semua selain memberitahu ia bukan andaian diri sendiri kerana mendapat berita ‘kehamilan’ daripada pihak lain.

“Harap keluarga arwah boleh maafkan perbuatan kakak saya. Kami pun tiada duit untuk saman itu ini. Saya minta maaf ya pada semua satu Malaysia. Apa yang kakak saya buat itu memang salah,” kata si adik.

Terdahulu, myt Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang Isnin selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu. Susulan itu, polis menahan seorang suspek yang juga penjawat awam berusia 26 tahun yang reman di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan. Sebelum ini, polis menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada jam 1.56 pagi selepas mangsa menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version