Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tular di media sosial beberapa lelaki tayang badan sado di gerai durian sehingga mengundang pelbagai komen warganet. Menerusi hantaran di akaun TikTok mereka, beberapa orang lelaki dengan badan sasa telah mengangkat durian dan menguruskan durian di gerai mereka. Susulan daripada itu, seorang pengguna X dikenali sebagai Syed Akramin meminta agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan ataupun nasihat kepada para peniaga tersebut.
Ujarnya, boleh jadi peniaga-peniaga tersebut tidak mengikuti kursus pengendalian makanan kerana memuat naik perkongsian video dengan menayang tubuh mereka yang tidak berbaju sewaktu di gerai durian tersebut. “Saya rasa mereka ini tak pernah hadir kursus kendalian makanan. Harap KKM boleh beri nasihat dan ambil tindakan. Putrajaya dan Kajang bukan jauh pun” tulis pengguna X berkenaan.
Perkongsian tersebut telah disetujui oleh warganet yang lain memandangkan mereka kurang selesa dengan teknik pemasaran tersebut kerana dilihat agar berlebihan. Ada juga yang merasakan tindakan sebegitu agak kurang beradab lebih-lebih lagi dihadapn makanan serta pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapis masyarakat.
Walau bagaimanapun, selepas video penjual durian tersebut tular, mereka telah membuat permohonan maaf dan menyatakan tiada niat untuk menayang badan untuk tontonan. Video yang dirakam juga dibuat sewaktu mengangkat stok durian dan bukannya sewaktu sedang berjualan serta bertemu dengan pelanggan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.