TANPA berselindung, penyanyi Sarah Suhairi yang selamat bergelar isteri pada pagi Jumaat mendedahkan suaminya adalah seorang duda beranak tiga. Sarah, 24, berkata, sejak daripada awal dia mengetahui status suaminya iaitu Aswad Anuar, 39, malah sudah bertemu dengan anak-anak tirinya. Malah kata penyanyi lagu Sah ini, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak-anak tirinya.
“Sepanjang perkenalan kami, saya sudah berjumpa dengan tiga anak perempuannya. Alhamdulillah setakat ini mereka menerima kehadiran saya dengan baik. Sebelum ini mereka panggil saya ‘aunty’, jadi selepas ini mungkin ibu,” katanya. Sarah menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikahnya yang diadakan di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.
Dalam pada itu, Aswad yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjelaskan dia dan bekas isterinya sudah berpisah sejak lima tahun lalu. Kata Aswad perkahwinan yang dibina pada 2008 itu dikurniakan tiga orang cahaya mata yang kini berusia 14, 10 dan 8 tahun. Bercerita mengenai perkenalan mereka, Sarah memberitahu semuanya bermula apabila mereka bertemu di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara Kuala Lumpur.
Kata Sarah, mereka berdua memang meminati aktiviti berkuda malah Aswad adalah seorang jurulatih bertauliah sukan berkuda. “Selain bergelar pensyarah, suami saya juga adalah seorang jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri. Saya sendiri aktif menunggang kuda sejak berusia 14 tahun dan kelompok kawan-kawan kami juga adalah daripada orang yang sama. Daripada situlah detika perkenalan kami bermula dan akhirnya ke jinjang pelamin,” ujarnya.
Cerita Sarah lagi, hubungannya dengan Aswad sebelum ini bukanlah terlalu dirahsiakan sebaliknya suaminya itu pernah menemaninya ke majlis-majlis tertentu. “Tidaklah rahsia sangat… Cumanya dia tidak menonjolkan diri sebab bagi kami selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri,” ujarnya. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.