Pengacara sensasi, Shuk Sahar akui dirinya sukar untuk menunaikan solat lima waktu sehari jika hendak dibandingkan dengan jadual kerjanya. Pendedahan itu dibuat menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuib dan Fizie pada minggu lalu. Dia bagaimanapun kini menemui ketenangan dan berasa lapang selepas berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Kongsinya lagi, kontroversi lalu juga membuatkan dirinya kini lebih menghargai kehidupan dan terdapat beberapa perkara menakjubkan berlaku sepanjang pertama kali menunaikan umrah.
“Dulu kalau cakap pasal solat, selalu aku lima hari bekerja, nak jumpa seminggu sekali aku solat pun susah. Tapi sekarang ni, bila setiap hari aku solat lima waktu.. seminggu sekali je aku bekerja dan aku rasa lebih lapang. Ini cerita real tau…satu hari aku balik dari Singapura dalam van, masa tu dengan kawan aku. Dalam van tu kami sempat cakap jom pergi umrah, masa tu kawan aku kata jom pergi umrah dalam bulan 7 ni, masa tu aku cakap dekat dia ‘takpelah, tak ada duit lagi’.
Bila abang van tu cakap ‘tanam je dalam hati Inshaa-Allah ada rezeki tu nanti’. Jadi bila abang tu cakap, aku balik. Dan selang empat hari aku dapat call untuk review umrah. Dan umrah tu ditanggung termasuklah videographer aku. Masa tu kami dalam lima orang, pergi umrah,” katanya. Shuk atau nama penuhnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar turut menyatakan lidahnya berasa kelu dan tidak dapat menggambarkan perasaan pada ketika itu.
Bagaimanapun, pengacara berusia 38 tahun itu menyifatkan dirinya bertuah kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci, lebih-lebih lagi berpeluang masuk ke dalam Raudhah sebanyak lima kali tanpa gangguan. “Itulah pertama kali bila aku sampai dan aku tengok Kaabah kelu lidah, menitik air mata aku. Dan aku tak pernah rasa perasaan tu. Tapi kejadian yang aku rasa tak pernah share lagi dengan orang, ini adalah kali pertama aku tawaf. Aku tak boleh minta apa-apa. Lidah aku kelu.
Masa tu, kami start di Turki dulu, sebab masa tu trip dia Turki, Madinah, Makkah. Jadi bila di Madinah, dan ketika itu aku dan videographer aku satu-satunya orang dapat masuk Raudhah lima kali. Sedangkan Raudhah masa tu kalau nak masuk kena ada aplikasi dan kena ikut tarikh yang ditetapkan. Tapi nak dijadikan cerita, sebab aku terlampau excited sebab orang cerita suruh minta apa sahaja ketika berada di Raudhah dan Inshaa-Allah doa itu akan dimakbulkan. Jadi, masa dekat Raudhah tu aku menangis sehabisnya aku cakap memang aku banyak buat salah, banyak dosa dan aku mengaku aku tak ada apa-apa.
Dan masa aku tawaf round pertama tu, kelu lidah nak minta sama macam apa yang aku doa dekat Raudhah tak boleh. Dalam hati aku tanya juga kenapa? Jadi aku sebut je ‘Ya Allah aku bertaubat’ sampai kata-kata mutawwif pun masa tu aku rasa bingit. Masa tu aku menangis dan kawan aku datang pujuk kemudian aku buat tawaf yang kedua baru dapat minta,” jelasnya.
Apa yang membuatkan dirinya lebih bersyukur apabila urusannya mencari rezeki dipermudahkan selepas pulang daripada mengerjakan umrah. Shuib berkara, dia berjaya meraih pendapatan sebanyak RM10,000 hasil daripada menjual serum sehari. “Sampai satu ketika, masa tu aku buat live lepas solat subuh, aku dapat jual 120 hingga 130 serum,” ujarnya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.