Himpit Datuk Azizulhasni sampai hampir terjatuh, laman ig atlet dari Perancis teruk kena hntam dengan warganet

IG atlet Perancis yang dipercayai menghimpit Datuk Azizulhasni Awang sehingga beliau hampir terjatuh  dalam heat pertama acara keirin lelaki Olimpik Paris 2024 telah diserang warganet Malaysia yang merasakan dia menjadi salah satu punca penyertaan jaguh pecut negara dibatalkan. Difahamkan, Datuk Azizulhasni telah memuat naik penjelasan ringkas di media sosial miliknya dengan mengatakan bahawa dirinya mengalami himpitan sewaktu memasuki pusingan keempat.

Menerusi point nombor 6 yang ditulis atlet trek berbasikal itu, beliau menyatakan bahawa dirinya telah dihalang dan dihimpit oleh pelumba dari Perancis sehingga hampir terjatuh. Namun, mujur beliau mempunyai kemahiran mengendalikan keadaan tersebut sebelum terus dikejar dan ingin dihimpit buat kali kedua sehingga Azizulhasni terpaksa mengambil tindakan bergerak ke hadapan untuk mengelak.

Susulan daripada, Instagram pelumba Perancis dikenali sebagai Rayan Helal telah diserang warganet dari Malaysia dengan menuduhnya sebagai pelumba yang teruk. Tindakan tersebut membuatkan Helal mengambil langkah menutup ruangan komen di salah satu posting berkenaan dirinya sewaktu berada di Olimpik Paris 2024.

Walau bagaimanapun, ada juga yang meminta untuk rakyat Malaysia tidak terlalu agresif dalam menyelar tindakan pelumba dari negara tuan rumah berkenaan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada nama baik Datuk Azizulhasni Awang. Terdahulu, jaguh pecut kelahiran Terengganu itu telah disingkirkan dalam acara kegemarannya sewaktu bersaing dalam heat pertama keirin lelaki. Perkara tersebut sudah tentu amat mengecewakan beliau serta seluruh rakyat Malaysia memandangkan pingat emas menjadi sasaran di acara tersebut.

Walau bagaimanapun, satu lagi wakil Malaysia, Shah Firdaus telah berjaya mara ke suku akhir apabila mengungguli pusingan repecharge dan atlet tuan rumah pula disingkirkan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version