Penyanyi Datuk Jamal Abdillah pelik Zaki Yamani rahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh Mei lalu sehingga menimbulkan tanda tanya. Sebagai bapa, Jamal Abdillah berkata dia masih belum mengetahui keputusan SPM anak keduanya sehingga ke hari ini. Ujarnya, dia juga meminta anak sulungnya, Osama Yamani bertanya, namun Zaki tetap membisu setiap kali ditanya mengenai perkara tersebut.
“Saya sendiri tak tahu kenapa Zaki nak rahsiakan keputusan peperiksaannya. Saya sudah hantar mesej menerusi WhatsApp dan minta abangnya, Osama Yamani untuk menghubungi adiknya itu, tapi tetap tak nak beritahu,” katanya. Jamal berkata, dia berfikiran terbuka sekiranya Zaki mendapat keputusan yang kurang memuaskan kerana anaknya itu mengikuti pelajaran secara dalam talian dan bukannya pergi ke sekolah.
“Jadi, untuk lulus dengan cemerlang mungkin agak sukar. Tapi, saya bersikap terbuka, kalau betul keputusannya kurang memuaskan, dia boleh kembali belajar. Lagipun, Zaki masih muda dan peluang masih terbuka luas,” katanya lagi. Pun begitu, Jamal teruja apabila mengetahui Zaki sudah pun berjaya melalui fasa pertama untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Saya dapat tahu Zaki sudah pun selesai menjalani temu duga di UiTM dalam jurusan muzik dan masih menunggu keputusan. Kalau begitu, maknanya keputusan SPM tidaklah begitu teruk kerana masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.” katanya lagi. Terdahulu, Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah beranggapan perkara tersebut adalah privasi dan tidak perlu didedahkan kepada umum.
Zaki turut memaklumkan menerima tawaran daripada beberapa pusat pengajian tinggi, namun masih belum membuat keputusan. Sebelum ini, Zaki meletakkan sasaran SPM sebanyak 7A namun memilih untuk mendiamkan diri sebaik sahaja keputusan peperiksaan itu diumumkan. Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.