“Kalau Bella Astillah sekalipun, dia bukan isteri orang lagi,” demikian respons pelakon, Muaz Zabir ketika disoal mengenai tangan wanita dalam video TikTok miliknya baru-baru ini sehingga mencetuskan spekulasi. Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 27, bagaimanapun belum sedia berkongsi siapakah gerangan wanita tersebut serta tidak kisah warganet membuat andaian mengatakan tangan dan kuku dalam video tersebut adalah aktres, Bella Astillah.
“Mengenai pemilik jari dan kuku itu, saya tak boleh kongsi sebab memang kena dirahsiakan. Biarlah orang nak berteka-teki dan buat andaian sebab saya sendiri yang cipta kandungan itu. Saya tak jangka pun video itu akan viral,” katanya. Sementara itu, Muaz kini bersikap terbuka apabila orang ramai mula mendoakan kebahagiannya bersama bekas isteri aktor sensasi, Aliff Aziz itu.
“Kalau orang nak kaitkan lagi, nak buat macam mana. Saya memang kena lebih bersikap terbuka dengan warganet. Alhamdulillah kritikan tak banyak tapi banyak orang doa baik-baik. Bukan nak cakap sekarang lebih selesa tapi cuma sebelum ini tak mahu dikaitkan dengan Bella ketika isu sedang panas. Sekarang orang dah faham dengan status, jadi kami pun akan lebih terbukalah,” katanya lagi.
Muaz berkata demikian ketika ditemui di acara TikTok Awards Malaysia 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, semalam. Dalam pada itu, Muaz turut merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Bella. “Saya tak boleh nak cakap kami tak ada apa-apa atau ada hubungan pun. Kami bekerja dalam industri yang kecil, mahu atau tidak, kami akan berjumpa juga dan kalau boleh tak mahu bermusuh.
Setakat ini saya okey sahaja orang kaitkan dengan dia, tiada masalah pun sekarang,” katanya. Pada Mac lalu nama Bella dan Muaz hangat menjadi sebutan selepas tersebar foto mesra antara mereka yang didakwa crng ketika masih menjadi isteri kepada aktor, Aliff Aziz. Bella bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut serta menjelaskan hubungan istimewanya bersama Muaz sekadar ingin membuat Aliff cemburu. Sekadar info, Bella dan Aliff berpisah talak satu untuk kali kedua pada 13 Jun lalu di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.