Nama pelakon Uqasha Senrose menjadi bualan warganet susulan dakwaan memkul pembantu peribadinya. Terbaru, Uqasha tampil mendedahkan perangai sebenar pembantu peribadinya. Menurut Uqasha, dia tidak pernah kisah sekiranya pembantunya itu hendak keluar masuk dari rumahnya. Bahkan, gaji setiap bulan tetap diberikan meskipun, tiada penggambaran yang berlangsung pada bulan tersebut. Dakwa Uqasha, pembantunya itu suka bercakap buruk mengenai majikan lamanya. Ujar Uqasha lagi, dia pernah terlintas bahawa pembantu peribadinya itu akan membuka aibnya suatu hari nanti.
Berbicara lebih lanjut, Uqasha membongkarkan rahsia di mana pembantunya itu didakwa memakai pakaian tidurnya secara suka hati. Di akhir posting, Uqasha memberitahu dia sedaya upaya tidak mahu membuka aib orang dan mahu menyelesaikannya secara baik.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.