Muat naik video prank dijangkiti monkeypox, suami Fatin Afeefa teruk kena kritik dengan warganet

Suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang dikritik warganet selepas memuat naik video ‘prank’ dirinya dijangkiti virus monkeypox. Video tersebut memaparkan Aliff atau lebih mesra disapa Opai itu memakai pelitup muka seolah-olah menunjukkan keadaannya yang tidak sihat itu. “Kepada sesiapa yang kenal saya dan berjumpa sejak dua tiga hari lepas ni saya sarankan anda semua pergi periksa sekiranya anda semua positif. Rasanya saya terkena monkeypox pertama di Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff kemudian bertindak membuka pelitup mukanya lalu menggunakan filter wajah monyet sekali gus ketawa terbahak-bahak. Video yang telah disunting ke platform TikTok itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet kerana menganggap Aliff mempermainkan isu penyakit yang membimbangkan serta semakin hangat di negara Afrika, Thailand, malah Indonesia.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, warganet meluahkan rasa kesal dan berang serta mendoakan agar Aliff benar-benar dijangkiti penyakit itu. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version