Penyampai radio Hot FM, Johan Raja Lawak berkongsi petua atau tips untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Menerusi perkongsian di TikTok, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berkata, terdapat dua petua untuk memastikan perkahwinan sentiasa bahagia. Menurutnya, lelaki terutama para suami perlu tanam dalam fikiran bahawa perempuan selalu betul dalam apa jua keadaan. Klik sini untuk lihat video.
“Ada dua sahaja. Kalau kata ada sepuluh tu semua tipu! Lelaki semua dengar. Yang pertama, kau kena tahu perempuan selalu betul. Yang kedua, kalau kau rasa kau betul tapi kau bergdh, kau sepak diri kau, tengok balik nombor satu. Perempuan selalu betul.” Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan petua yang dikongsikan di mana isteri gembira melambangkan perkahwinan yang bahagia.
“Dia betul-betul faham konsep ‘happy wife, happy life’.” “Terima kasih kerana memahami kami kaum wanita. Hidup Johan!” “Patut Johan punya rumah tangga bahagia.” Untuk rekod, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.