PELAKON Puteri Sarah meluahkan rasa syukur susulan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan diselesaikan secara baik. Berakhirnya isu berkenaan, Sarah atau Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata selepas ini dia mahu memberikan tumpuan kepada kes saman fitnah terhadap bekas pekerjanya pula. “Okaylah, Alhamdulillah satu beban dah selesai dan saya ada satu lagi kes saman, tapi yang penting kes hari ini dah selesai,” katanya.
Sarah berkongsi demikian ketika ditemui sejurus selesai prosiding kes saman fitnahnya terhadap Wiwi di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat. Dalam pada itu, peguam mewakili Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu keputusan itu dibuat selepas pihak defendan berasa kesal dan tidak mampu untuk membayar ganti rugi yang diminta plaintif. “Kami minta ganti rugi lebih tapi peguam Wiwi kata dia tidak mampu, jadi Sarah kata okay sahaja.
Apa yang penting Wiwi dah luahkan rasa kekesalan dan akan muat naik permohonan maaf secara terbuka di Instagram tanpa memadam posting itu selama tujuh hari,” jelasnya. Wiwi bagaimanapun dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 meliputi kos keseluruhan kes. Sementara itu, Sarah menafikan dakwaan segelintir warganet yang mendakwa dirinya sebagai ‘ratu mahkamah’ untuk mengejar duit semata-mata.
Sebaliknya kata Sarah, dia hanya mahu memberikan pengajaran kepada orang ramai agar tidak berkata buruk pada individu lain. “Saya tak nak digelar ratu mahkamah, saya bukan mata duitan. Saya saman orang bukan nak duit tapi nak beri pengajaran supaya jangan buat macam itu. Lagipun saya tak kacau hidup orang. Semua tahu saya sibuk bekerja tambah dengan urusan anak-anak dan perniagaan.
Orang yang kacau saya dan berkata buruk tentang saya, jadi saya saman untuk berikan pengajaran… sebab dah melampau itu sahaja caranya,” ujarnya. Pada pagi Jumaat, kes Sarah dan Wiwi diselesaikan dengan baik selepas pihak defendan memohon maaf secara terbuka kepada plaintif di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak. Untuk rekod, pada 30 Ogos tahun lalu, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Akberdin.
Isi kandungan penyata tuntutan itu memaklumkan Wiwi pada 24 Ogos tahun sama membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram. Selain itu, Sarah mempunyai satu lagi kes saman fitnah terhadap bekas pekerjanya iaitu Nazatul Nazira. Proses mediasi antara Sarah dan Nazatul akan berlangsung pada 25 September depan.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.