Pendakwah bebas terkenal, ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum lumba siput sedut yang tular di media sosial adalah harus sama ada manusia atau haiwan. Menurut ustaz Azhar Idrus, lumba siput dibenarkan selagi mana tiada unsur-unsur haram serta bercanggah dengan ajaran agama Islam.
“Akan tetapi jika ada perkara yang dilarang agama seperti perjudian ketika berlumba itu maka hukumnya berubah daripada harus menjadi haram. Dan lagi disyaratkan bagi harus perlumbaan tanpa bertaruh itu ialah tidak ada pada perlumbaan itu menyiksa haiwan yang terbabit,” jelasnya. Ustaz Azhar Idrus berkata sedemikian menjawab persoalan salah seorang pengikutnya berkenaan lumba siput yang mula diminati oleh setengah orang sehari dua ini.
Menurut Imam Ibnu Al-Quddamah dalam kitab Al-Mughni, perlumbaan itu ada dua bahagi. Pertama ialah perlumbaan tanpa bertaruh dan keduanya perlumbaan dengan bertaruh. Maka ada pun perlumbaan tanpa bertaruh maka harus hukumnya dengan mutlak tanpa ada sebarang kaitan dengan suatu yang tertentu.
“Kesimpulannya perlumbaan siput tersebut jika tidak ada disertakan dengan pertaruhan maka hukumnya tidaklah haram,” kata ustaz Azhar Idrus lagi. Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki yang menggunakan akaun @tansri_ash menganjurkan perlumbaan siput sedut di laman sosial TikTok. Perlawanan yang diadakan secara siaran langsung di aplikasi itu mampu menarik lebih 20,000 penonton dimana para ‘pelumba’ dinamakan mengikut negeri-negeri yang ada di Malaysia.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.