Nampak macam malu malu nak bagi cincin, Emma Suhaimi minta Datuk Red jangan terlalu merendah diri

Kakak Adira Suhaimi, Emma Suhaimi minta Datuk Red tidak terlalu merendah diri apabila melihat bekas adik iparnya itu malu-malu ketika menaiki pentas bagi memberikan cincin kepada penyanyi berkenaan sewaktu gimik pelancaran produk. Menerusi siaran langsung Emma dan Datuk Red di TikTok, mereka telah mengeluar situsi dihadapi sewaktu majlis pelancaran berkenaan apabila Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu menjadi salah satu gimik dengan membawa cincin kepada bekas isterinya. Klik sini untuk lihat video.

Kakak Adira Suhaimi menduga bahawa Datuk Red berasa sedih sewaktu usahawan itu menjelaskan cincin yang dibawa sewaktu majlis pelancaran tersebut bukanlah dibeli olehnya. Dia meminta bekas suami Adira itu untuk tidak merendah diri kerana kehadirannya di pentas mendapat banyak sambutan. “Kau sedih kan sebenarnya? Jangan lah terlampau merendah diri Nan (Adnan). Kau tahu tak, majlis mereka tu dapat lagi banyak sambutan sebab kau punya kehadiran. Sebab kau muncul di atas pentas tu, viral Miragold malam ni. Sudah-sudahlah merendah diri,” katanya.

Menurut Datuk Red, dia malu kerana tidak mampu membelikan cincin kepada Adira dan hanya membawa sahaja ke pentas. “Malu, cincin tu saya bawa je bukan saya yang beli,” kata Datuk Red. Disebabkan itu, Emma menjelaskan bahawa adiknya sama sekali tidak memandang sebarang pemberian dan hanya mahukan masa serta sokongan sahaja daripada lelaki tersebut. “Kau tak perlu bagi apa-apa, kau bagi masa sahaja pada Ami (Adira) sudah cukup. Ami pun cakap dia tak nak apa-apa dari kau, dia nak masa dan kerjasama kau saja.

Emas pun dia tak mahu, dia dah ada emas. Kau jangan merendah diri di sana. Nampak sangat kau sedih, nampak kau tak selesa,” ujarnya lagi. Rakaman siaran langsung yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok dikenali sebagai putehhhx itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan apa yang dinyatakan Kakak Adira Suhaimi. Mereka juga menyedari bahawa keluarga Adira cukup menyokong Datuk Red dan sentiasa positif walaupun usahawan itu pernah sedang melalui zaman kejatuhan.

Terdahulu, Datuk Red telah naik ke atas pentas sewaktu Majlis Pelancaran Miragold x Siti Adira bagi memberikan cincin kepada Adira untuk disarungkan ke jarinya. Gimik tersebut telah mendapat perhatian lebih-lebih lagi apabila mereka dikhabarkan bakal berkahwin semula pada tahun hadapan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version