“Itu urusan keluarga, jadi selesaikan antara keluarga,” demikian respons pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mengenai hubungan bersama penerbit Datuk Yusof Haslam dan ibunya, Datin Patimah Ismail. Pengarah filem popular Munafik itu memilih untuk berdiam diri kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan antara mereka. “Itu urusan keluarga dan urusan keluarga, selesaikan di antara keluarga. Seperti saya cakap, apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak berkongsi dengan media.
“Kalau kita ada isu keluarga, kita tak perlu babitkan jiran kita, betul tak? Sebab benda itu boleh mengeruhkan keadaan. Itu sahaja yang saya mampu cakap,” katanya. Syamsul berkata demikian ketika disoal mengenai doa dan harapan bapanya, Yusof Haslam yang mendoakan urusannya dipermudahkan. Terdahulu, Yusof berharap agar anaknya itu dikuatkan semangat bagi menghadapi dugaan dalam rumah tangganya.
“Saya doakan Syamsul kuatkan semangat dia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran,” katanya. Pada jam 10:30 pagi Khamis, Syamsul dan Ira sah berpisah talak satu selepas Hakim Syarie Mohd Faizal mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih suami isteri.
Sekadar info, lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak. Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.