Kongsikan video ibu dalam ICU, Zaquan Adha bengang bila ada warganet yang kaitkan ibu dengan kontroversi rumahtangga Aidil Zafuan

PEMAIN bola sepak Zaquan Adha hilang sabar apabila seorang pengikut media sosial mengaitkan ibunya iaitu Azizah Arshad dengan kontroversi rumah tangga melibatkan pasangan kembarnya, Aidil Zafuan. Dalam hal ini, Zaquan atau Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, 37, memohon orang luar menghormati privasi keluarga mereka dan tidak perlu melibatkan orang tuanya dalam isu membabitkan Aidil sebelum ini. “Boleh tak kau tolong hormat privasi orang. Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur. Jaga rumah tangga kau saja sudah.

“Aku memang pantang kalau libatkan mak aku. Kalau nak nasihat atau bercakap tolong pakai otak. Bodoh punya manusia,” katanya. Zaquan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa. Dalam perkongsian yang dibuat, Zaquan turut memuat naik paparan skrin mesej yang diterima oleh seorang individu yang meminta ibunya untuk berjumpa anak-anak Aidil hasil perkahwinan dengan bekas isteri iaitu pelakon Rita Rudaini.

Kata wanita berkenaan, dia kasihan melihat Rita yang sudah sekian lama memendam rasa atas kemelut rumah tangga yang dilaluinya. Berang dengan dakwaan itu, Zaquan memuat naik foto individu berkenaan dan meminta wanita tersebut menjaga keluarga sendiri dan tidak ikut campur dalam urusan orang lain. “Kau didik anak-anak kau ini supaya tidak menyibuk hal orang. Kalau kau tak tahu cerita sebenar tak perlu sedap mulut nak cakap. Jangan bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap benda yang bukan-bukan fasal kau,” ujarnya.

Sebelum itu, Zaquan berkongsi perkembangan kesihatan yang kini sedang ditempatkan di unit rawatan rapi sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan. Dalam hantaran itu, Zaquan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan ibunya dan meminta maaf tidak dapat membalas setiap mesej yang diterima.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version