Geram bila suami tak nak dengar nasihat, Datin Shahida luah rasa tertekan bila Aliff Syukri sibuk jual jeruk

Advertisements
Advertisements

Isteri usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid meluahkan rasa stres apabila suaminya asyik sibuk mengenai perniagaan jeruk sejak kebelakangan ini. Menerusi sebuah video di TikTok, Shahida berkata, gara-gara jeruk dia dan suami dipercayai bertelingkah pada hari Ahad yang lalu. Klik sini untuk lihat video.

“Dia semua benda nak jual. Dia nak jual petai pula. Dah gara-gara jeruk korang aku kena maki. Sampai 1 pagi, pembantu rumah pula seronok sebab dia bagi upah. Punya bersemangat sampai saya suruh pergi tidur sebab esok nak bangun awal pagi. Takut kerja kemas rumah tak siap. Mereka kata tak apa. Emosi aku, lepas tu rumah aku bersepah. Bila aku komen tak payah jual jeruk, dia kata jangan masuk campur. Saya bagitahu kalau ada masalah selesai sendiri. Gara-gara jeruk gaduh suami isteri.”

Ujar Shahida, dia tidak kisah sekiranya Aliff mahu menjual jeruk. Namun, suaminya perlu tahu mengenai stok mangga terlebih dahulu bagi memenuhi permintaan pelanggan. “Masalahnya bukan tak bagi buat jeruk. Bagi buat cuma jangan kelam kabut. Dia punya perangai kalau kata nak, dia nak. Tiada siapa boleh halang walaupun petir, ribut . Orang dah kata jual jeruk sabar, ikut permintaan berapa biji mangga yang kita dapat. Dia tak. Buka order, sekali buka order 500 jeruk. Lepas tu jeruk tak ada pula sebab bukan musim mangga, kacau saya 1 pagi. Group kerja pun dah macam group jeruk je. Aku stres.”

Tambah Shahida, dia berasa geram apabila suaminya tidak mahu mengikut nasihat yang diberikan. Lebih teruk, setiap permasalahan yang timbul dia perlu memberikan jalan penyelesaian. “Kalau dia tak susahkan hidup aku tak apa. Masalahnya menyusahkan hidup aku. Hujung-hujung minta solusi dengan saya. Pandai pula cari. Cakap aku tak nak dengar.” Di akhir video, Shahida memberitahu dia sekadar bercerita agar warganet faham apa yang berlaku. “Ini bukan aib, sekadar cerita nak luah perasaan. Celik mata dia tanya jeruk orang dah hantar mangga?”

Sumber: OhBulan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version