Kasih ayah membawa ke Syurga, tular video bapa sebak hantar anak ke sekolah pada hari pertama persekolahan

Seorang bapa menangis dalam kereta kerana begitu sebak sewaktu menghantar anak ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan. Perkara tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai ayunorzin apabila memuat naik momen suaminya yang kelihatan cukup berat sewaktu menghantar anaknya masuk ke sekolah tadika. Dalam video tersebut, suaminya turut sempat mengintai dari luar pintu tadika bagi melihat keadaan anaknya yang sudah berada di dalam kelas sebelum beredar memasuki kereta dengan wajah yang agak sugul. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok itu berseloroh mengatakan suaminya menangis lagi teruk berbanding ketika bermaafan pada hari raya ataupun sewaktu mereka mengalami perselisihan faham. “Yayah nangis hantar anak lagi parah. Gaduh ngan bubu pun yayah tak nangis apatah lagi salam raya. Bubu tahu yayah kalah ngan anak dari mak anak,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tinggalkan maklum balas dengan mengatakan hal berkaitan dengan anak sememangnya membuatkan ibu bapa cepat sensitif lebih-lebih lagi menyedari bahawa mereka semakin membesar. Ada juga yang menasihati supaya ibu bapa menghargai masa-masa bersama dengan anak kerana apabila mereka dewasa kelak, semuanya akan menjadi sukar dirasai lagi.

Semoga anak-anak membesar menjadi insan yang berbakti kepada orang tua dan terus mengingati jasa serta pengorbanan mereka. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version