Polis dah keluarkan arahan supaya berhenti, tapi penduduk kampung masih kutip kerang di Dungun

Penduduk sebuah kampung di Dungun, Terengganu tetap mengambil peluang untuk mengutip kerang walaupun polis sudah mengeluarkan arahan agar aktiviti itu dihentikan. Walaupun jumlah kehadiran menurun berbanding semalam dan kelmarin, tinjauan Harian Metro mendapati masih ramai yang terus melakukan aktiviti tersebut. Salah seorang penduduk, Mohd Zaki Abdullah, 45, berkata, dia tidak mengetahui berkaitan larangan dikeluarkan polis.

Menurutnya, dia datang ke pantai itu dan melihat orang ramai masih mengutip kerang yang banyak di sepanjang pantai. “Semalam saya kutip kira-kira lima kilogram kerang. Saya rebus kerang itu dan anak-anak seronok memakannya. Bila lalu kawasan pantai ini, saya lihat orang ramai masih berada di pantai, saya pun turun mengutip dan dapat sekitar lima hingga enam kilogram.”

Dalam pada itu, Ahmad Taufiq Ramzi, 40, berkata, dia juga mendakwa tidak tahu dengan larangan tersebut. “Saya bertolak dari Kijal, Kemaman dan sampai di sini, jam 11 pagi dan bila tengok masih banyak kerang sini, saya pun kutip. Selain untuk makan, saya turut menjual kerang ini pada harga RM10 sekilogram untuk tiga kilogram bagi tambah pendapatan.”

Sementara itu, wanita yang dikenali sebagai Laili Alimi, 47, pula memaklumkan, mungkin larangan yang dikeluarkan polis tidak disedarinya kerana jarang melayari media sosial.“Harga kerang yang mahal di pasaran menyebabkan saya dan adik beradik lain mengutip kerang,” katanya. Semalam, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir telah melarang orang ramai daripada mengutip kerang di sepanjang pantai itu.

Larangan itu dikeluarkan serta merta demi menjaga keselamatan orang ramai berikutan keadaan angin kencang dan ombak besar setinggi 4.4 meter. Sumber: LobakMerah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version