Lepas tular isu berkaitan hutang, Che Ta dedah kehilangan kontrak dengan beberapa jenama

Advertisements
Advertisements

Berikutan terbabit dengan isu berkaitan hutang, pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui ia telah menjejaskan kerjasamanya bersama dengan beberapa jenama. Ketika ditemui, Rozita atau mesra disapa Che Ta memaklumkan dia telah kehilangan beberapa kontrak. Bagaimanapun, aktres berusia 52 tahun tersebut tetap meluahkan rasa syukur apabila jenama pakaian dan tudung terkenal Ariani Luxe sudi menyuntingnya sebagai wajah untuk koleksi hijab premium.

“Saya harapkan kolaborasi ini akan memberi impak kepada Ariani. Rezeki untuk saya. Di saat isu (hutang) sedang panas, banyak jenama yang sebelum ini sudah setuju, tapi kemudian berlalu. Tapi Ariani memberikan peluang kepada saya untuk berada di sini.” Che Ta berkata demikian di majlis sidang media dan pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Khamis.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Datin Seri Farah Haryani memberitahu, pemilihan Che Ta adalah atas dasar kepercayaan terhadapnya sepanjang 18 tahun bekerjasama. “Memang sebelum ini Ariani Luxe tiada duta dan kami lantik Che Ta kerana dia mempunyai pakej yang lengkap. Kami sudah bekerjasama sangat lama iaitu sejak 2007. Dia selalu terlibat dalam iklan Jakel dan Ariani sejak dulu lagi.

Che Ta sangat komited, tidak berkira dan baik. Saya yakin ini adalah pilihan yang tepat untuk melantiknya sebagai duta Ariani Luxe.” Walau bagaimanapun, pihak Ariani Luxe menafikan perlantikan tersebut bertujuan untuk membantu aktres tersebut yang terjejas dengan isu hutang. “Saya tiada komen mengenai itu kerana bagi saya semua orang ditimpa masalah. Ariani juga ada masalah. Saya kira ini ujian. Saya percaya Che Ta boleh memantapkan lagi jenama Ariani Luxe.”

Sebelum ini, media melaporkan Che Ta menerima notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam akibat kegagalan menjelaskan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Selain isu LHDN, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga terpalit dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta. Sekitar Januari lalu, Che Ta mendedahkan bahawa dia sudah membayar cukai kepada LHDN sebanyak RM50,000 secara tunai.

Dalam perkembangan lain, koleksi Aidilfitri kali ini turut menampilkan 300 pilihan hijab dan 300,000 baju raya sempena Aidilfitri. Majlis pertunjukan itu diserikan dengan persembahan beberapa penyanyi popular tanah air, antaranya Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version