Akhirnya teka teki warganet terjawab, Imran Aqil dedah Dahlia Rizal kini sedang hamil

Advertisements
Advertisements

Teka teki mengenai berita kehamilan influencer Dahlia Rizal akhirnya terjawab apabila suaminya, Imran Aqil umum isterinya kini berbadan dua. Menurut laporan, Imran atau nama lengkapnya Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin luah rasa syukur apabila Dahlia tidak mengalami sebarang alahan namun, semakin manja sejak hamil anak pertama. “Dahlia Alhamdulillah, kandungan sihat harapnya dapat doakan yang terbaik.

Tiada alahan dan tidak alergi dengan saya. Saya paling takut itu sebab orang kata bila mengandung akan alergi dengan bau-bau suami tapi dia makin clingy,” katanya. Imran turut berkata keadaan isterinya kembali sihat selepas dikejarkan ke hospital baru-baru ini disebabkan tekanan drh serta kurang gula dalam badan sehingga menyebabkan pengsan. Susulan itu, dia menasihati isteri untuk lebih banyak berehat dan tidak menerima tawaran kerja yang membebankan.

“Dia ditahan di wad selama dua malam sebab tekanan bp, kurang gula dan pengsan di restoran. Saya ketika itu di Seremban dan tiada dekat di sisi dia. Alhamdulillah kandungan okay dan punca masih lagi dalam siasatan,” kongsinya. Dalam pada itu, Imran dan isteri kini sedang melakukan beberapa persiapan sebelum menyambut kehadiran anak sulungnya seperti mencari kediaman baharu lebih selesa dan menimba ilmu keibubapaan.

“Kami tengah mencari rumah yang lebih besar kerana nak meraikan bayi dengan persekitaran rumah lebih selesa dan luas, itu antara persiapan sekarang,” ujarnya lagi. Sekadar info, Imran mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada 9 September 2023.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version