PELAKON dan penyanyi Izzrin Irfan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada warganet yang terkesan dengan kes penipuan kehilangan individu dikenali sebagai Eyka di Bandung, Indonesia. Mengakui kesilapan diri, Izzrin berkata keputusan melakukan gimik itu dibuat tanpa persetujuannya termasuklah ahli pasukan lain. Namun, dia memilih untuk membuat permohonan maaf kerana tidak mahu rasa bersalah terhadap pengikutnya.
“Kesilapan diri sendiri juga sebab tak sangka boleh pergi sejauh itu, saya sangka orang akan percaya yang kami buat ini hanya rekaan semata-mata tapi sebaliknya ramai yang percaya Eyka hilang betul-betul. Saya tampil nak buat permohonan maaf sebab saya rasa bersalah dan tak patut buat macam ni dekat pengikut dan warganet semua sebab ada yang mendoakan supaya Eyka jumpa balik.
Sebenarnya saya sudah ajak mereka (Ammar Nazhan dan ahli lain) untuk sama-sama buat permohonan maaf dan dedahkan ini adalah gimik tapi mereka tetap dengan pendirian jadi terpaksa la saya seorang saja yang buat ini kerana tak mahu keruhkan keadaan,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.