Bagi baju yang menjolok mata pada kawan bukan islam, Nora Danish tak jual sebab tak nak tanggung dosa

Advertisements
Advertisements

Pelakon popular, Nora Danish telah ‘melepaskan’ semua baju-baju seksi miliknya selepas memilih untuk berhijrah dan tampil berhijab. Memetik laporan dari Kosmo! Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 42, menyatakan yang dirinya sudah mendermakan semua baju-baju yang mendedahkan aurat kepada rakan-rakannya yang bukan Islam

Jelasnya, dia mendermakan pakaian berkenaan secara percuma dan enggan menjualnya kerana bimbang menanggung dosa jika ada muslim yang membeli serta memakainya. “Pakaian zaman saya sksi dulu semuanya sudah diberikan kepada rakan-rakan bukan Islam secara percuma je. Sebab kalau saya nak jual pakaian itu tidak boleh, ibaratnya saya akan tanggung dosa mereka yang akan membelinya. Lama dah saya ‘let go’ semua pakaian itu, dah tak simpan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Nora juga memaklumkan sedang dalam proses memadam gambar-gambar yang tidak menutup aurat di laman sosial miliknya. Setakat ini dia sudah memadam beberapa ribu perkongsian sahaja kerana perlu meneliti satu persatu posting yang sudah dibuat. “Saya kena buang semua gambar tidak menutup aurat, tetapi mengambil masa sebab jumlahnya lebih 26,000 keping.

Baru beberapa ribu dipadam, masih banyak lagi. Saya kena belek satu persatu. Bila tengok gambar lama, saya cakap dalam hati, ‘apa lah aku buat dulu’. Namun itu merupakan proses kehidupan. Kalau tidak lalui fasa-fasa itu, mungkin tidak rasa menyesal seperti sekarang,” ujarnya. Dalam pada itu, Nora juga menyatakan yang dirinya selalu berdoa agar terus kekal berada di jalannya dan istiqomah dalam penghijrahan.

“Berhijrah itu mudah, tapi istiqamah sangat mencabar. Bukan sekadar pakaian, tapi juga menjaga solat awal waktu dan aspek lain. Saya selalu berdoa agar Allah kekalkan rasa sedih dan rasa berdosa dalam diri supaya sentiasa beringat,” katanya. Sebelum ini, pelakon filem Polis Evo ini dilihat tampil berhijab selepas berpisah dengan bekas suami, , Nedim Nazri sekitar Jun tahun lalu. Dia juga dilihat aktif menghadiri majlis-majlis keagamaan bagi menambah ilmu serta memperbaiki diri.

Sumber: Omm, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version