Saling berbalas emoji love, Ruhainies jelaskan hubungan dengan Aliff Aziz

Advertisements
Advertisements

Nama pelakon Ruhainies dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat warganet interaksi ‘mesra’ mereka di media sosial. Terbaharu, Ruhainies memuat naik satu foto di Instagram yang memaparkan dirinya menggayakan pakaian berwarna merah jambu sambil berada di dalam sebuah kereta mewah. Menerusi ruangan kapsyen yang ditulis, Ruhainies seakan memberi bayangan bahawa dia enggan membuang masa dengan perkara yang tidak penting.

Tetapi apa yang mengundang spekulasi apabila bekas suami kepada pelakon Bella Astillah itu meninggalkan beberapa emjoi di ruangan komen, sekali gus menarik perhatian warganet. Tidak cukup dengan itu, Ruhainies juga membalas komen tersebut dengan meninggalkan tiga emoji berbentuk hati dan tindakan itu membuatkan warganet semakin tertanya-tanya mengenai hubungan sebenar mereka. Walau bagaimanapun, pelakon drama Terjerat itu menafikan dia dan Aliff dilamun cinta sebaliknya menjelaskan bahawa mereka berdua sememangnya mempunyai hubungan rapat dan saling menyokong serta menasihati antara satu sama lain.

Tahun lalu, nama Ruhainies dan Aliff menjadi topik hangat di media sosial kerana kontroversi ditangkap khlwt di sebuah kondominium mewah milik aktres itu pada Mac 2024. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah ketika prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Julai 2024. Difahamkan, kes tersebut masih dalam perbicaraan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version