xUsahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu, meluahkan rasa sebak ekoran isu bayi yang pergi menghadap illahi akibat tersedak susu. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri mengupah dua pembantu atau ‘Confinement Lady’ untuk mengawasi pergerakan anaknya, Ahmad Kayden, siang dan malam. “Dari hari pertama Kayden lahir, benda yang paling saya takut adalah tersedak susu. Klik sini untuk lihat video.
Sampaikan sanggup bayar dua orang CL jaga Kayden. Sorang malam sorang siang. CL malam akan berjaga untuk pastikan Kayden dalam keadaan baik.” Walaupun menerima pelbagai kritikan, usahawan berusia 35 tahun itu sanggup berkoran apa jua demi keselamatan anak-anak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi pengalaman menjaga anak sehingga tidak lena tidur pada waktu malam. Selain itu, warganet turut memuji usaha Madammu dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.