Nampak kurus dan risau, Eda Ezrin rayu buat solat hajat supaya hukuman dia diringankan

Advertisements
Advertisements

Penyanyi asal Kelantan, Eda Ezrin rayu buat solat hajat agar hukumannya diringankan memandangkan tarikh keputusan hukuman akan dimaklumkan pada Khamis nanti. Memetik laporan dari Harian Metro, perkara tersebut telah dinyatakan Eda Ezrin kepada Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat sewaktu datang ke Penjara Narathiwat bagi melawatnya. “Tolong buatkan solat hajat untuk saya kerana tarikh hukuman semakin dekat, Khamis ini,” kata penyanyi berkenaan.

Ujar Abdul Aziz, dia telah dijemput sebagai penceramah untuk program keagamaan disana sebelum mengambil peluang untuk bertemu dengan penyanyi Malaysia itu bersama 5 lagi warganegara Malaysia yang ditahan susulan didkwa memiliki pil Yaba. “Saya pergi ke penjara itu selepas dijemput sebagai penceramah untuk program keagamaan di sana yang dihadiri hampir 500 banduan.

“Selepas program itu tamat, saya meminta penyanyi itu dan lima rakannya untuk bertemu saya secara peribadi kerana saya ingin memberi motivasi dan sedikit nasihat. Penyanyi itu kemudian meminta saya melakukan solat hajat untuknya dan lima rakyat Malaysia yang lain agar mereka mendapat hukuman yang ringan. Saya telah berjanji kepada mereka bahawa pegawai majlis juga akan turut serta dalam solat itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan yang Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail kelihatan kurus dan risau. Abdul Aziz berpendapat bahawa penampilan terkini penyanyi berkenaan berkemungkinan disebabkan terlalu memikirkan tentang kesnya yang akan datang di Mahkamah Wilayah Narathiwat nanti. Sekadar info, penyanyi lagu Cinta Setandan Pisang itu bersama lima rakyat Malaysia yang lain, termasuk suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35 telah didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas tuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan bahan terlarang.

Mereka mengaku bersalah atas tuduhan penggunaan bahan terlarang tetapi mengaku tidak bersalah atas tuduhan pemilikan. Difahamkan, mereka telah ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok sekitar jam 5 pagi waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) pada 1 November tahun lalu selepas pihak polis Thailand menemui pil Yaba bersama mereka.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version