ISU mengenai jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive yang didakwa meniru rekaan kain samping bermotifkan keris kecoh menjadi bualan sejak Selasa. Selepas teruk diasak warganet, pengasasnya iaitu El Azman akhirnya tampil memberi penjelasan menerusi kenyataan dua muka surat pada awal pagi Rabu. Menurut El Azman, dia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan plagiarism itu merosakkan reputasi jenama keluarannya.
“Elrah Exclusive menegaskan dakwaan yang dibuat ke atas koleksi Samping Raya Elrah Exclusive 2025 adalah tidak berasas dan tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh. Kami juga bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan yang tidak berasas ini menjejaskan reputasi dan kredibiliti Elrah Exclusive,” ujarnya tegas. Menurut El Azman, motif keras sudah lama wujud dalam seni tekstil Melayu, sekali gus menolak dakwaan pihaknya cuba meniru rekaan jenama lain.
“Motif keris bukanlah sesuatu yang dicipta oleh satu individu atau keluarga tertentu, tetapi merupakan sebahagian warisan budaya nusantara. Oleh itu, motif ini tidak boleh didakwa sebagai milik eksklusif mana-mana pihak,” ujar usahawan terkenal itu. Menurut El Azman lagi, pendaftaran hak cipta ke atas motif keris yang dibuat oleh sebuah jenama pakaian terkenal juga tidak membuktikan motif tersebut dimiliki oleh mereka.
“Kami mendapati pihak yang mendakwa hak ke atas motif ini hanya mendaftarkan hak cipta mereka pada 2025. Ini bermakna mereka baru sahaja mendapatkan perlindungan hak cipta dan tidak mempunyai bukti rasmi mereka memiliki motif ini sejak 1890 seperti didakwa. Motif keris yang digunakan dalam koleksi kami adalah hasil interpretasi tersendiri dan bukanlah salinan langsung daripada mana-mana karya berdaftar.
Selagi motif digunakan tidak meniru secara tepat karya yang didaftarkan di bawah hak cipta, ia bukan satu kes pelanggaran hak cipta,” jelasnya lagi. Dalam kenyataan sama, El Azman turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang membangkitkan isu rekaan keris itu selepas koleksinya dilancarkan. Untuk rekod, pada Selasa melaporkan pempengaruh popular Tyra Kamaruzzaman mendakwa rekaan kain samping keluaran suaminya, Emran Rijal diciplak oleh sebuah jenama baju Melayu terkenal.
Dalam perkongsiannya, Tyra turut memuat naik imej Sijil Hakcipta rekaan samping bercorak keris keluaran jenama suaminya sebagai bukti. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.