Akui silap sebab kongsikan kisah keluarga pada umum, Abby Abadi lembut hati lepas dengan satu ayat Norman Hakim

Advertisements
Advertisements

BERTEMU bagi memperbaiki hubungan, kata-kata yang dituturkan oleh pelakon Norman Hakim berjaya melembutkan hati bekas isterinya iaitu Abby Abadi.  Menurut Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, Norman juga secara terbuka mengakui kesilapannya sebelum ini selepas mereka berpisah sejak 17 tahun lalu.  “Ada satu ayatnya yang membuatkan saya rasa bersalah. Dia terima sahaja apa yang saya katakan, dia minta maaf kerana terkhilaf sehingga saya jadi begini. 

Katanya buatlah apa sahaja dan dia terima sebab saya telah melahirkan anak-anak kami. Itu yang membuatkan saya sedih,” ujarnya.  Abby berkongsi perkara tersebut dalam satu sesi siaran langsung di laman TikTok menjawab pertanyaan pengikut akan masalah yang berlaku antara mereka.  Sedar akan silap sendiri, Abby berkata dia banyak berkongsi tentang kisah mereka sebelum ini di media sosial kerana mahu memberi kesedaran buat Norman. 

“Saya salah dan minta maaf. Selama 17 tahun saya tidak pernah bercerita.  Saya geram sebab dia sudah kaya dan lupakan anak-anak. Saya mahu sedarkan dia. Cuma silap besar saya berkongsi,” ujarnya.  Tambah pelakon ini meskipun sudah lama berpisah namun hubungan mereka masih baik seperti sahabat. Malah kedua-duanya juga tidak kekok untuk meluangkan masa bersama meskipun sudah berkahwin lain dengan pasangan masing-masing. 

“Ada satu benda yang memang tak boleh buat kami berjauhan. Dalam tempoh 17 tahun kami berbaik sampai sekarang. Ia seperti kawan baik yang tiba-tiba bergaduh dan diminta berpisah… memang tak boleh,” luahnya. Abby sebelum ini secara terbuka mendedahkan kisah rumah tangga yang pernah berlaku sebelum dan selepas dia berpisah dengan Norman. 

Antara perkara yang pernah disebut adalah menjadi mangsa kegnsan rumah tangga selain mengabaikan nafkah anak. Segala perkongsian itu bagaimanapun telah dipadam apabila Norman mengadakan pertemuan dengan Abby pada Sabtu lalu. Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun berpisah pada 2009. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version